Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan
teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media
digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi.
Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer
untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Isi kandungan
Tafsiran
Multimedia mempunyai pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia adalah seperti berikut:
- "Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).
- "Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" - Waterworth (1992).
- "Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).
- "Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat" - Ron White (1996).
Ciri-ciri multimedia
Integrasi secara seamless
Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil di antara
media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan
oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video
sambil mendengar muzik latar belakang yang dimainkan pada sesebuah
aplikasi.
Persekitaran Digital
Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan perlu
ditukar kepada bentuk digital supaya boleh di manipulasi dan disebarkan
oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan
dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu,media
dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan
dengan media bercetak yang sukar dikemas kini.
Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk
berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh
mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju
masing-masing semasa berinteraksi dijalankan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar